aurat antara seseorang dengan seseorang
11 June 2012 ? 0 Atashinchi ?
Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama..sebnarnya bila kita tengok je orang ternampak sikit kulit dea..kita mesti cepat2 cakap aurat tu....aurat ni banyak ketegori..antaranya......
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
islam sama sekali x pernah menghalang fesyen..tapi dengan syarat jangan melampaui batas dalam perpakaian..korang nk pakai apa pakai la..asalkan korang selesa..dan ikut hukum islam..perempuan ni banyak yang perlu dirang ikot..tapi redha la..kita islam dan hidup berlandaskan islam jugak..macam perhiasan korang pon..korang kena jaga...bak kata Imam Syafie yang berpendapat pasal perhiasan wanita ni...yang pertama Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota. yang kedua pulak... Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya. ok..masuk bab perhiasan..kedua2 pendapat Imam Syafie semua penting..kedua2nya jugak yang perlu perempuan ambil berat..yang terutama sekali perhiasan yang bersifat semula jadi..tapi..perhiasan macam pakaian tu korang kena pandai2 la nak had kan..sebab tu umat islam digalakkan kawal diri supaya diorang x langgar batas2 yang ditetalkan dalam islam..terutama dalam perhiasan dan pakaian..ketegori aurat yang kena tutp bila....
1.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.
Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
2. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
3. Aurat Ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
seeeeeee....aurat dengan suami pon ada tau..ape korang ingat dah nikah aurat dengan suami dah x de ye...ye la..dah kawen kan..pape leh wat..( tapi nak dedah pape dekat tempat terlindung la..kalo tempat awam..orang cakap 'manja' x bertempat..haha )
kita cakap soal pakaian wanita..islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
tulisan tu dihitamkan agak2 kenapa ek ?? hem..syira nak kongsi cerita sikit..sekarang perempuan pon suka pakaian lelaki..dari segi pemakaian..percakapan..semua la..syira nak cakap kepada para perempuan..kalo dah barang tu memang dikahskan untuk pemakaiannya perempuan..korang terima je la..x yang la nak cakap ' aku x suka barang yang macam perempuan ssangat..suka yang macam lelaki..' ok..kalo macam tu ko wat pembedahan tukar jantina..huhu..lumrah perempuan walau cam ne pon..de tetap suka berang perempuan jugak..huhu..macam tu jugak percakapan..jangan kasar sangat..pape pon..perempuan yang dah pasang niat nak ubah diri anda menjadi seorang lelaki..sila ubah semula niat tu..supaya NABI MENGAKU ANDALAH UMATNYA..
yang dihitamkan atau tidak..kedua2nya penting...renung2kan... ^^










